Saturday 21 May 2011

VENTORIOR - IPOH METAL MILITANT SUPREMACISTS II


Pada penghujung tahun lepas (2010) aku dapat message dari Jadam di Facebook. Tanye dia, berminat ke nak join IMM II? Aku rasa nak meloncat. Hehehe..mengelupor terus aku beritahu bandmates aku. Ye lah, dulu aku dengar aje IMM punye kompilasi, sekarang dah diberi peluang memang seronok sangat lah! Deadline yang diberi untuk hantar dua lagu baru setiap band ialah sebelum satu april 2011. Yes, kami berjaya mengejar deadline dalam masa last minute bertonggang terbalik menyiapkan apa yang dikehendaki.

Kami amat berbesar hati dengan kepercayaan yang brader-brader ni bagi. Aku amat berterima kasih pada siapa-siapa yang rekomenkan band Ventorior. Boleh kata hampir semua brader-brader ni sangat low profile,humble, & peramah. Kalau dulu dapat dengar & pergi tengok gig diorang. Sekarang dapat main bersama satu stage lagi. Macam ni la yang kita mau, macam resam padi. Makin berisi, makin tunduk!

Okeh, kembali ke kompilasi IMM II. Kali ni, kami rekod di Studio 80, di Super Kinta. Studio nya agak kecik, tapi masih selesa dengan kipas dan aircon nya. Sham yang bertugas menjaga studio amat memahami keadaan kami. Semuanya LAST MINUTE! Tak sempat nak jam pun lagu yang kami compose. Terus masuk studio. Memang militant habis. Hehehe..untuk pre-recording 20/21 March. 26/27 pulak kami record habis, part vocal Fitt masuk kemudian. Aku tak dapat menyumbang kan suara yang sumbang untuk lagu kali ini sebab huh..aku tak lalu nak balik dah. Kopak dan penat aku nak balik Ipoh tiap-tiap minggu. Itu lagi satu masalah kami. Takde masa sangat nak jam sama-sama. Aku dan Fitt agak jauh dari bandmates yang lain.

Lagu kali ini, kami cuba bereksperiment dengan element technical death metal. Tapi takde lah macam Necropagis tu. Cuma kami ubah dari segi drum Lehmand, dan gitar yang lebih harmonic. Pada telinga aku, tak sama dengan tiga rilisan kami sebelum ini. Dalam masa yang singkat, kami agak puas hati. Tapi kalau diberi masa lagi, kami nak buat lebih dari itu. Recording dimulakan dengan part drum Lehmand.
Di ikuti part gitar aku. Cadangnya nak pakai POD HD500 baru tu, tapi disebabkan masa yang suntuk, tak sempat aku nak cari sound, tweak punye tweak tak dapat jugak. Heheh...buat berat aku bawak balik aje. Sama jugak dengan Dean aku. Bawak balik tapi tak pakai. Aku nak pakai Dean sebab aku suka AHB-2 yang aku install tu. Tapi sebelum recording aku try tukar gauge yang kecik sikit. Bila time nak record, asyik tergelincir aje jari. So aku pakai Ltd Alexi aku yang gauge nya lebih besar. Grip sikit. Heheheh..
Seterusnya part Iryanto dan Aliv.
Fitt hanya jadi pemerhati bebas kali ini.

Selesai sudah semua, lega rasanya. Terima kasih John dari Harrjadah kerana bagi aku tumpang tidur di studio nya yang sejuk tu. Syed Digital Dark-art & ada lah dua tiga kerat kawan pun turut serta melepak dalam sesi rekording ini. Studio 80 ni sebelah studio jamming John aje.


So nantikan lagu baru dari band-band Ipoh. Dari band yang lama / baru. Aku pun excited nak dengar rilisan band-band lain ni. Terima kasih pada semua yang terlibat \m/