Saturday 21 May 2011

TYSONN - Jitra Death / Progressive / Metal





Gaban.Gaban kawan baik kami. Tapi agak dah lama kenal, baru sekali je aku tengok persembahan depa. Gaban dah ada follower dia sendiri. Iaitu kawan-kawan dia. Personally, aku tengok Gaban ni seorang yang hensem berambut panjang mengurai lagi komited ( bodek sikit..hihihi ) . Sebab bila bersembang dengan dia, kita boleh tahu dia punya usaha, komitmen. Tak semua orang ada aura macam ni. So amat bagus pada band TYSONN yang baru ditubuhkan ni. Sebelum ni Gaban ada mengangotai beberapa band tapi hasilnya agak kurang memberansangkan. Mungkin kerana masalah dalaman ke apa aku tak tahu. Tapi sayang, rugi. Kami ( Ventorior ) memang dah lama tunggu nak tengok TYSONN live. Semasa bandmates Tysonn sedang setup, crowd-crowd mula menjerit nama Gaban. All hail Gaban!!! Ok, persembahan dimulakan dan crowd mula menggila. Bagai nak runtuh studio Sound Maker hari tu. Memang bergegar. Terpikir gak aku, kalau runtuh ni semua tertirap atas batu kat kedai 4D bawah tu. Not a good way to die! Persembahan yang kemas. Cuma..yang lain agak kaku terutama gitaris. This is a good band. Aku harap orang takkan ingat Tysonn-Gaban. Tapi Tysonn-each bandmates. Mierza Iqhbal aka Gaban,Abdul Qawi,Khairil Jamal & Faridudin Khalid. Setakat ini, telinga aku melebelkan mereka death core. Lawati http://www.facebook.com/pages/Tysonn/157316320969305 untuk maklumat lebih lanjut.