Showing posts with label custom. Show all posts
Showing posts with label custom. Show all posts

Saturday, 17 November 2012

saga flx bodykit - hantam sajalah labuuuu!

Heheh...rasa kelakar bila aku nak update pasal kereta ni. Okeh, persetankan! 
Si puteh ni baru aja keluar tahun 2012. Share dgn buah hari tersayang. Ye, kami syg bebenor dengan si puteh ni. Walaupun bukan kereta import ke hapa ke, tapi ia banyak berjasa. Lebih-lebih lagi kami berdating dari berjalan kaki, naek bas, naik lrt, teksi, motor, sampai lah ke si puteh ni.

Tak sampai dua minggu, aku dah mengelupor nak tukor sport rim. Ades..survey punye survey kt internet maka sampai lah aku di Rawang. Pusing punya pusing, pegi lah kat kedai papan. Di amiknya rim besi haku tu dengan harga RM600.00 balance tu topup la dalam 1.5k++ termasuk caj2 yang tersembunyi. Heheh... So, seterusnya part bodykit pulak. Ni yang pening sikit. Tak tau nak amik skirt aja atau pun tukar bumper skali. Kos pun tinggi sikit. Tapi aku berpegang pada prinsip yang sama macam tiap kali aku beli gitar. Kalau dah beli, hari-hari nak mengadap, bior le sedap mata tu memandang. Hehehe....
So aku memutuskan untuk tukar bumper depan belakang. Bumper belakang aku buat kat Klang, bumper depan dengan side skirt aku beli kat Shah Alam. Cat pulak aku buat kat Keramat. Konon-konon nak bajet la...tapi kira-kira balik lebih kurang aja. Heheheh...so, kat Klang tu dua kali aku hantar suh touch-up balik. Kurang kemas. 





Boss dia ok, banyak design smart kat kedai tu. Harga pun ok. Mungkin time bangla buat keta aku dia penat buat kerja sampai malam kot. Tapi ada bengkek sket la sebab ketal mahal lain aku tengok cun aja less cacat cela. Mentang-mentang la keta aku murah ye. Komer tengok la gambar ni. Bumper ni Blm punye so kena tambah la untuk Flx. Cisss... 
Kat Shah Alam pulak, brader tu ok, baek dan penyabar orangnye walaupun aku deal berbulan-bulan. Hehehe... 
Cuma aku ada masalah spotlight aku dua2 retak dan tak menyala lepas sehari cat. Aku tak tau bila jadi sebab tak perasan. Mungkin jahanam sebab batu ka tak pun kedai cat yang cuai. Yah..cat pun dua kali aku suh touch-up. Yelah, yang mahal tak semestinya bagus, macam boom power lah. 

So aku cari kedai cat yang paling murah. Nah...tak sampai 500 cat semua skali door panel dengan side mirror. Tapi..menghampakan..satu hari aja siap! Aku dah agak dah...dengan tak kemas, ntah merata-rata sampai terkena kat body asal yang berkilat tu. Aku ni, jenis malas nak panjang-panjangkan...membazir aja. Aku redha aja. Aku anggap tu mungkin Tuhan nak tarik balik duit atas kesalahan aku kt dunia nih.  Heheheh...so siaplah semua....
Kat kedai cat yang bikin wa panas
Tinggal lagi spoiler, diffuser dengan stiker. Aku nak buat kereta ni macam jantan sangat pun orang rumah aku tak setuju. Heheh..ikut kan napsu Thrash aku nak aja aku buat decal Metallica besor-besor tanda sokongan untuk diorang peform kat Malaysia. Setakat ni takde lagi aku join mana-mana kelab kereta. Bukan apa...takda masa nak melepak sangat. Serius bizi! Just join group FLOC dengan PROSBOC aja kat Fb. Banyak info yang aku dapat. Maklum le...bab-bab kereta aku memang fail! Kalau kelab aku sendiri nama nya macam ni; MAT THRASH KAR KLUB! MTKK! number start 666! Heheh...Ini aja lah..lain-lain malas aku nak usik buat masa ni. Nak beli gitar baru lagi, bass lagi. Ish...nak pakai superbike lagi. Ish...takpe..pelan-pelan kayuh ye dak? Ada rezeki ada la tuh..janji, sendiri kerja, sendiri kasi reward kat diri sendiri. Hasil titik peluh ketiak lebih bermakna! :) Sekian...
Nampak kat tengah tu? dah melekuk...
Aku rasa takde spoiler pun cun..haihhh..

Camne? ok ke ko? adesss!

10/12/2012 - heheh..aku dah beli spoiler...sebenarnya aku konpius nak pakai trd ke mugen. Rasa macam tak nak pakai biar kosong je.Tak pun pakai SE punya, simple. Aku minat Mugen tapi nampak besor sangat. Kalau blm ok le sebab lampu besor. Tapi fl lampu kecik macam tak kena. Pendapat aku la..so setelah memikirin sekian lama, aku memutuskan untuk pakai Trd. Macam biasa lah ambil kt Shah Alam. Warranty cat 3 bulan. Argh...teringat pulak cat aku yang dah start kembung sana sini. Dem!! Hantar sms buat derk aje kedai tu. Silap aku la masa dulu tak nak bising. Tak sampai dua bulan lagi. Argh!