Friday, 20 May 2011

BLACK METAL MENGAMUK DI WALL FACEBOOK MASTIKA

Siapa yang ada kuasa, tetap berkuasa selagi diizinkan-Nya. Mastika mainkan isu BM balik. Dulu masa isu tu aku form 5. Sekarang bila dah umur 27 tahun ni, aku terasa nak bersuara dekat wall mastika. Bukan nak pertahankan BM, tapi nak pertahankan diri yg sering dipandang sinis oleh masayarakat yang BERTAMADUN sangat. Lagipun siapalah aku dalam scenes metal Malaysia ni. Sekadar menyokong band kawan-kawan untuk mengisi masa lapang dengan minat yang sama. Muzik eksteam. Sekarang wall facebook mastika dah tak boleh nak komen. Entah kenapa tapi sendiri mau ingat lah. Aku sempat save kalau-kalau timbul isu berkenaan komen aku. Tak nak lah menyusahkan orang lain dek komen aku. Tapi, komer baca komen wall post mastika yang sempat aku save ni. Ye, ada yang cakap kasar, ada yang cakap baik-baik. Macam wall orang politik. Ada yang maki hamun, ada yang penyabar, ada yang nak berdamai dan macam-macam lagi. Yang aku tahu, aku manusia biasa yang tak lari dari dosa tapi aku tak pernah sesat kerana dengar lagu black metal. Aku, kami yang dengar lagu black metal ni, sama macam komer semua, baik yang dengar black metal, hip hop, dangdut, shuffle, hatta mat belia harapan negara sekalipun, semua sama. Ada lebih ada kurang.. 











Post di wall mastika.