Saturday, 4 September 2010

KONFLIK MASA DEPAN DI UMUR 20 - 30

Sampai pada satu tahap umur, bergantung kepada keadaan sekeliling, ada yang di antara kita tengah semak memikir kan masa depan pada ketika umur 20 - 30 ataupun mungkin lebih. Mungkin masa umur 20 masih lagi tak dapat fikir betapa beharganya masa. Bila dah meningkat 23/24 baru ada kesedaran sedikit. Aku, salah seorang yang semak semasa aku berumur 24/25. Dalam keadaan hidup yg serba sedarhana, persoalan apa nak jadi dengan masa depan amat merunsingkan. Takala kawan-kawan sebaya lain sibuk dengan kejayaan, keluarga, aku [ dan korang yang senasib ] masih lagi dalam dilema, ape nak jadi dengan aku ni?
Aku, tak minat nak kerja kerjaan. Tak tahu lah nanti-nanti menyesal ke apa, aku ambil risiko. Aku sebenarnya menyampah dengan sesetengah pemikiran tipikal bangsa aku yang mengatakan kerja kerajaan terjamin. Terjamin apa? Pencen? Aku nak cari jaminan dunia akhirat. Kalau anda punyai jawatan yang besar mungkin agak seronok. Tapi kalau sekadar pembantu am rendah pun nak dibangga banggakan baik kerja di sektor swasta di mana ada peluang kenaikan pangkat dan banyak benda baru yang boleh kita belajar. Lihat saja kaum-kaum lain, mereka tak mengharap pada kerajaan, dan mereka buktikan mereka boleh berjaya. Apa? Ya, mereka tak kira halal haram, tapi apa yg penting di mana ada usaha yang betul di situ ada kejayaan. Berbalik pada konflik yang merunsingkan kepala kita, dengan masalah ekonomi yang tak stabil, dapat pulak tinggal berjauhan dengan keluarga. Segala-galanya amat mengganggu. Bilalah aku nak kaya, bilalah aku nak senang.. Alhamdulillah, sekarang aku dah 26, aku tak kusut macam dulu lagi. Ya, semuanya bergantung pada mindset kita. Sampai satu masa, sama ada kita seorang pengemis, seorang peon, seorang pekerja kerajaan, atau apa-apa pekerjaan bergaji dua ribu ke bawah, kita akan tahu, bagaimana nak menghadapi masa depan, apa dugaan yang tak dijangka, macam mana nak menenangkan hati sendiri. Semua ini anda akan rasa bila dah cukup asam garam dalam kehidupan. Kalau tak berani nak mengambil risiko, tak berani nak menghadapi ujian, kekal lah dalam kekusutan sepanjang hidup. Aku cuma fikirkan apa yang aku mahu, bagaimana nak dapatkannya. Benda ni boleh buat aku gembira dan menjadi orang yg optimis dan sentiasa positif. Apa yang aku tak nak, yang aku tak suka, aku buang jauh-jauh. Aku tak nak komplen apa-apa. Semua ini membawa kepada kemurungan. We BORN, we LIVE and we DIE. Di antara ketiga-tiga kehidupan ini isilah dengan apa warna yang kita mahu, corakkan mengikut isi hati yang telah banyak belajar dari pengalaman. Peluang hanya sekali untuk setiap insan...