Sunday, 14 April 2013

saga flx bodykit - indah kabar dari rupa


yes..jahanam. hari tu aku nak update tapi bz bebenor. so hari ni aku check blog ada orang tanya pasal beli kt mana bodykit ni. ok, sebelum komer beli. baca dulu ye. 

tahun lepas, setelah berhempas pulas menyimpan duit kesana sini untuk siapkan bodykit. mood potong bila kedai cat keramat pak din tu agak mengecewakan kualitinya. sebab? cat xkemas, ada few part body yang kena cat. bumper belakang tak berkilat. pendek kata kalau bagi rate 10 aku kasi 2/10. murah x semestinya bagus! tak sampai RM500 aku boleh cat bumper depan belakang, side skirt, door penal,dan side mirror. yang bagusnye, (kasi kredit sket laaa) xde gelembung2 yang kritikal. ada sikit laaa..tp xpecah lagi. 

nak dijadikan cerita, aku kena langgar haritu dengan alza. tp bumper belakang aku xde la apa2 sangat. cuma kemik sikit. lepas tu..potong terus..malas aku nak pikir sangat nak jaga cun2.

babuuulaaa je wa..smpi lupa nak cover perut
kemik..denggg!
alza ni. mula2 termarah2 jugak aku..tp last2 aku mintak maap sebab aku marah dia. heheh

aku ada pasang spoiler itu hari kan? masa pasang tu, warranty cat 3 bulan beb. aku jugak diberitahu, yang cat kat pak din tu x baguss..xlama la ni katanya. tup tup..cat spoiler tu mengelembung & pecah x sampai sebulan. tu la..kata cat orang tak bagus..alih2 cat sendiri jahanam jugak. disebabkan aku ni kategori boleh sabar. aku sabar la. aku set date nak g shah alam balik touchup spoiler balik. bukan dekat, makan masa, nak pegi sana. aku dah le bz! sampai kedai tu cakap xboleh pulak, kena set hari lain. x ke bengkek! sedar tak sedah dah lebih 3 bulan aku pun maleh..lantok komer le! 

tensen ke x? x sampai sebulan siotttt!
overall, lepas 5 bulan pakai semua ni, aku dapati, bumper depan tu dah mcm dah tenggelam timbul. FRP ni mmg tak tahan ke? bumper belakang & skirt ok lagi. 

nak jaga x susah, aku x lowered pun. tapi, bumper depan mmg komer kena black list kan tempat2 mcm kat giant kepong, aa lagi ada satu mall kat jalan tar tu. semua nya boleh bagi jahanammm bumper depan tu. argh...! 

sekian saja, dari pemilik kereta tempatan.